Penganggur minta hukuman mati dikekalkan jika rayuan ditolak

Penganggur minta hukuman mati dikekalkan jika rayuan ditolak

Penganggur minta hukuman mati dikekalkan jika rayuan ditolak
Foto hiasan.

PUTRAJAYA: Seorang penganggur memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan hukuman mati terhadapnya atas kesalahan membunuh seorang juruteknologi pergigian tujuh tahun lalu, sekiranya panel hakim menolak rayuannya terhadap sabitan tersebut.

Permintaan itu dibuat perayu, Abdul Malik Rosli, 27, menerusi peguam dilantik mahkamah, S Karthigesan, semasa mitigasi selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati itu dengan penjara 30 tahun.

Panel tiga hakim terdiri Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin turut menjatuhkan hukuman sebatan 12 rotan ke atas Abdul Malik.

Karthigesan, yang mewakili Abdul Malik, mengesahkan keputusan mahkamah kepada Bernama.

Beliau berkata mahkamah memutuskan kes Abdul Malik tidak termasuk dalam kategori ‘teramat jarang berlaku’ yang membolehkan beliau dijatuhi hukuman mati.

Karthigesan berkata beliau juga telah memaklumkan kepada mahkamah semasa mitigasi bahawa beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk memohon agar hukuman mati dikekalkan sekiranya rayuan terhadap sabitan beliau ditolak.

Abdul Malik didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada Oktober 2022 kerana membunuh Mahussin Abdul Rahim, 28, di tingkat empat kuarters klinik kesihatan Lukut di Port Dickson pada pukul 1.40 pagi, 19 Januari 2018.

Mayat Mahussin ditemui rakannya 72 jam selepas dilaporkan hilang apabila gagal hadir ke tempat kerja pada 22 Januari 2018.

Abdul Malik masih mempunyai satu peluang lagi untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Rafidah Zainuddin mewakili pihak pendakwaan.

Penganggur minta hukuman mati dikekalkan jika rayuan ditolak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker