Chelsea hampiri suku akhir Liga Konferensi
Chelsea hampiri suku akhir Liga Konferensi

Paris: Chelsea selangkah ke suku akhir Liga Konferensi UEFA dengan kemenangan 2-1 di Copenhagen dalam perlawanan pertama pusingan 16 mereka, sementara Panathinaikos dan Fiorentina menyajikan perlawanan penuh aksi dengan lima gol.
Reece James dan Enzo Fernandez menjaringkan gol pada separuh kedua, sebelum Gabriel Pereira merapatkan jurang untuk tuan rumah, ketika pasukan Enzo Maresca menguasai perlawanan di ibu negara Denmark itu.
“Copenhagen adalah pasukan yang baik, mereka bermain bola sepak dengan bagus, mempunyai jurulatih dan pemain yang berbakat,” kata Maresca.
“Saya selalu cemas, tetapi sekarang, fokus adalah pada perlawanan seterusnya. Perlawanan kedua akan menjadi perlawanan yang sukar lagi,” katanya.
Selepas awal perlawanan yang tidak begitu memberangsangkan kapten Chelsea, James, memecah kebuntuan seminit selepas separuh masa kedua apabila dia menyambut hantaran jauh Marc Cucurella dan merembat dari jarak jauh ke dalam penjuru tiang gol.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Gol itu menghidupkan perlawanan dan Copenhagen hampir membalas tidak lama selepas itu tetapi Viktor Claesson gagal merobek kawalan Robert Sanchez apabila percubaannya berjaya ditangkap penjaga gol itu.
Pemain gantian pada separuh masa, Fernandez, mengukuhkan kemenangan untuk pelawat apabila meledak minit ke-65 selepas pemain remaja Tyrique George berjaya mengawal bola dengan baik.
Pasukan Liga Perdana itu kelihatan selesa sehinggalah 11 minit sebelum tamat apabila Pereira dibiarkan tanpa kawalan dalam kotak penalti untuk menanduk masuk hasil sepakan penjuru.
“Apabila anda pergi ke Stamford Bridge (stadium Chelsea) dan perlu menang dengan dua gol, anda memerlukan sedikit keajaiban.
“Kepercayaan ada. Ini bukan hasil yang terbaik, tetapi itulah yang ada,” kata jurulatih Copenhagen, Jacob Neestrup.
Chelsea hampiri suku akhir Liga Konferensi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET