Anak Ridzuan Ridzokumura Mahu Sambung Belajar Di Luar Negara [VIDEO]
‘Saya Perlu Jadi Seperti Ibu’
Anak Ridzuan Ridzokumura Mahu Sambung Belajar Di Luar Negara [VIDEO]
Nak jadi seperti arwah ibu
@athqahhh Pagi-pagi mata dah masuk habukk😭,YaAllah permikiran seorang anak bernama sky sangat lah bijak & matang.YaAllah kau berikanlah kekuatan kepada dua beranak ini untuk menghadapi ujian -Mu 🤲🏻 Aamiin.dan semoga arwah di dalam kalangan orang-orang yang beriman 🤲🏻 #akikoo #sky #ridz #fyp
Walau bagaimanapun, Ridzuan dilihat seakan kurang bersetuju dengan hasrat Sky memandangkan dirinya baru sahaja kehilangan isteri tercinta, Akiko Okumura.
Awak tak boleh belajar di luar negara, kena tinggal di Malaysia.
Kalau awak pergi, awak tak kesian kan daddy (Ridzo) ke?
Daddy baru saja kehilangan mommy (arwah Akiko) dan kalau awak pergi, macam mana dengan daddy?
Tidak melatah, Sky kemudiannya menjelaskan bahawa dia nekad untuk berbuat demikian kerana mahu hidup berdikari dan menjadi seperti ibunya.
Saya nak sambung belajar ke luar negara dan saya yakin dalam masa dua, tiga tahun lagi kita akan mampu lakukannya.
Saya perlu bekerja keras dan teruskan pembelajaran saya.
Saya perlu jadi seperti ibu saya, sebelum ini dia lakukan segalanya sedangkan saya hanya duduk lepak-lepak.
Sekarang, saya perlu buat semuanya sendiri, cuba masak sendiri dan memang sudah tiba masanya.
Jumaat lalu, Ridzuan menerusi hantaran di Instagram memaklumkan isterinya telah meninggal dunia.
Punca kematian, arwah terjatuh dari tingkat empat kediaman mereka dan dipercayai insiden berlaku pada malam Khamis.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
Sumber: TikTok
Anak Ridzuan Ridzokumura Mahu Sambung Belajar Di Luar Negara [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET