Thuram, Martinez pastikan Inter bawa pulang bekalan dua gol

Thuram, Martinez pastikan Inter bawa pulang bekalan dua gol

Thuram, Martinez pastikan Inter bawa pulang bekalan dua gol
MARTINEZ (kanan) merembat masuk gol kedua Inter untuk menewaskan Feyenoord 2-0, awal pagi tadi. FOTO REUTERS

Rotterdam: Jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi gembira dengan sikap pasukannya ketika menang 2-0 ke atas Feyenoord pada aksi 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas tuan rumah menimbulkan masalah besar kepada pasukan dari Itali itu, awal pagi tadi.

Gol pada setiap babak menerusi Marcus Thuram dan Lautaro Martinez, memastikan Inter yang juga juara Eropah tiga kali memperoleh kelebihan dua gol dalam perlawanan pertama itu.

“Lautaro dan Thuram bermain dengan cemerlang, kemudian (Mehdi) Taremi dan (Marko) Arnautovic pula masuk dan memberikan impak yang baik,” kata Inzaghi dalam sidang media.

“Di bahagian sayap, semua pemain beraksi dengan baik, (Francesco) Acerbi, (Alessandro) Bastoni, (Yann) Bisseck menunjukkan kesediaan yang tinggi. Ia bukan perlawanan mudah dan pusingan kedua nanti tidak akan mudah.”

Keteguhan benteng pertahanan Inter musim ini sangat mengagumkan apabila pendahulu Serie A itu hanya bolos sekali dalam sembilan perlawanan UCL iaitu ketika tewas 0-1 kepada Bayer Leverkusen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Pemain Sepanyol, Josep Martinez mengisi posisi penjaga gol utama menggantikan Yann Sommer, yang tidak bermain sejak mengalami patah ibu jari dalam perlawanan menentang Juventus, bulan lalu.

“Martinez menunjukkan kualiti hebatnya, sesuatu yang tidak pernah diragui sesiapa pun. Dia sangat tenang dan mampu menyesuaikan diri dengan baik,” kata Inzaghi.

“Menjadi penjaga gol Inter bukan tugas mudah, (tetapi) kami mempunyai penjaga gol seperti Sommer yang berpengalaman luas dan beraksi dengan baik. Saya akan menilai pilihan ini dengan tenang, tetapi saya berpuas hati dengan semua pemain.”

Jurulatih Itali itu berharap beberapa pemain yang cedera dapat kembali untuk perlawanan timbal balik di Milan pada awal pagi Rabu depan.

“Saya rasa (pemain pertahanan) Carlos Augusto boleh cuba untuk berada di sana,” tambah Inzaghi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


“Begitu juga dengan pemain tengah, Nicola Zalewski walaupun pada pendapat saya Carlos lebih mendahuluinya beberapa hari dalam proses pemulihan.

“Saya tidak pasti sama ada boleh mendapatkan (pemain pertahanan) Federico Dimarco dan (Matteo) Darmian dalam tiga perlawanan akan datang, tetapi kami sangat yakin kerana mempunyai staf perubatan hebat yang sedang berusaha memastikan kami dapat mengatasi krisis kecederaan ini.”

Thuram, Martinez pastikan Inter bawa pulang bekalan dua gol

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker