Slot didakwa ‘serang’ pengadil

Slot didakwa ‘serang’ pengadil

Slot didakwa 'serang' pengadil
SLOT menuduh pengadil bakal jadi punca jika mereka gagal muncul juara liga. FOTO Reuters

London: Pengurus Liverpool, Arne Slot didakwa melontarkan kata-kata kesat kepada pengadil Michael Oliver sambil menuduh pegawai perlawanan itu sebagai punca jika pasukannya gagal menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Slot dan pembantunya, Sipke Hulshoff, dilayangkan kad merah selepas konfrontasi dengan Oliver di padang sejurus selepas aksi panas Merseyside yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 menentang Everton, Februari lalu.

Dalam perlawanan itu, James Tarkowski menyamakan kedudukan untuk Everton pada masa kecederaan, sementara Curtis Jones (Liverpool) dan Abdoulaye Doucoure (Everton) dibuang padang susulan insiden pertengkaran selepas wisel penamat.

Susulan tindakan mereka, Slot dan Hulshoff masing-masing dikenakan hukuman larangan dua perlawanan di bangku simpanan serta denda oleh sebuah panel kawal selia bebas.

Menurut laporan perlawanan Oliver kepada panel itu, Slot bertindak agresif dan konfrontasi terhadapnya sambil mendakwa: “Anda berikan segalanya kepada mereka. Saya harap anda bangga dengan prestasi ini.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Slot kemudian didakwa kembali kepada Oliver untuk meneruskan serangan dengan berkata: “Jika kami tidak menang liga, saya akan salahkan anda.”

Bagaimanapun, Slot menafikan kata-kata itu dan menegaskan beliau sebenarnya berkata: “Jika kami tidak menang liga, saya akan berterima kasih kepada anda kerana itu.”

Persatuan Bolasepak England (FA) mempertahankan bahawa bahasa dan intipati kenyataan Slot seperti dilaporkan Oliver adalah tepat serta tidak mengubah kesan hukuman yang dikenakan.

Slot mengakui tindakannya tidak wajar dan mendakwa ia berpunca daripada rasa kecewa kerana beberapa keputusan pengadil tidak memihak kepada Liverpool di Goodison Park.

Pengendali berusia 46 tahun itu sudah memohon maaf secara terbuka dan peribadi kepada Oliver.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


“Arne Slot adalah model peranan dan seharusnya menunjukkan disiplin baik di dalam serta luar padang. Tindakannya tidak mencerminkan imej positif yang diusahakan badan pentadbir bola sepak,” menurut kenyataan panel disiplin.

Walaupun kehilangan dua mata di Everton, Liverpool masih mengukuhkan cengkaman di puncak liga dengan kelebihan 13 mata ke atas Arsenal yang berada di tempat kedua, semakin hampir untuk menjulang kejuaraan liga ke-20 mereka.

Skuad The Reds kini bersedia untuk perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint Germain awal pagi esok.

Slot didakwa ‘serang’ pengadil

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker