Kedai emas dirompak tiga lelaki bersenjata api

Kedai emas dirompak tiga lelaki bersenjata api

Kedai emas dirompak tiga lelaki bersenjata api
Tangkap layar kejadian rompakan kedai emas di Nilai, malam semalam. – Foto tular

Nilai: Sebuah kedai emas di dalam pasar raya dekat Bandar Baru Nilai, di sini, dirompak sekumpulan lelaki bertopeng dan menggunakan senjata api, malam tadi.

Video kejadian kira-kira jam 8.30 malam yang dirakam orang awam di lokasi kejadian itu turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai menerima panggilan melalui MERS 999 pada jam 8.45 malam.

“Pemanggil seorang wanita memaklumkan terdapat kejadian rompakan berkumpulan disyaki menggunakan senjata api di dalam sebuah pasaraya di Bandar Baru Nilai.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari IPD Nilai ditugaskan ke lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati kejadian rompak berlaku pada 8.36 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Jelas beliau, tiga suspek lelaki disyaki menaiki sebuah kenderaan dengan dua daripadanya masuk ke dalam premis.

“Manakala seorang suspek lagi menunggu di dalam kereta. Seorang daripada suspek disyaki menggunakan senjata api ketika kejadian.

“Bagaimanapun, siasatan juga mendapati tiada kecederaan manakala jumlah kerugian masih dalam penilaian,” katanya.

Justeru, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7904222.

Kedai emas dirompak tiga lelaki bersenjata api

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker