Dortmund fokus perbaiki prestasi hadapi Lille
Dortmund fokus perbaiki prestasi hadapi Lille

Berlin: Jurulatih Borussia Dortmund, Niko Kovac, mengakui pasukannya masih ‘jauh untuk berjaya’ meskipun prestasi mereka semakin meningkat menjelang pertemuan pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Lille di tempat sendiri Rabu ini.
Naib juara Liga Juara-Juara musim lalu kini berada di tangga ke-10 Bundesliga dan berisiko gagal layak ke Eropah musim depan.
Kovac, yang dilantik selepas Nuri Sahin dipecat pada Januari, menstabilkan keadaan.
Dortmund meraih kemenangan liga kedua berturut-turut untuk kali pertama musim ini selepas menewaskan St Pauli pada hujung minggu, yang juga kemenangan kedua mereka di tempat lawan dalam kempen Bundesliga.
Bekas jurulatih Bayern Munich, Eintracht Frankfurt, dan Monaco itu berkata Dortmund sedang memperbaiki keadaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
“Kami sudah menjadi lebih stabil, kami bekerja keras setiap hari di padang latihan atau dalam bilik mesyuarat,” katanya kepada pemberita menjelang aksi pertama pusingan 16.
“Ia sudah baik, tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan. Kami masih jauh dari tahap yang kami inginkan. Tapi saya suka cara pemain beradaptasi dengan situasi ini.”
Dortmund hanya tewas satu daripada 16 perlawanan terakhir mereka di Westfalenstadion.
“Stadium kami, ia adalah sebuah istana besar. Sukar untuk bermain di sini – sangat mencabar dan sangat sukar,” kata Kovac.
“Saya harap kami dapat memanfaatkan suasana untuk memberi kesan kepada Lille.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
Lille, yang pernah menjuarai Ligue 1 dua kali dalam 14 tahun terakhir, tidak pernah melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara.
Mereka adalah satu-satunya pasukan Perancis yang menamatkan fasa liga baru Liga Juara-Juara di lapan terbaik, tetapi hadir ke perlawanan Rabu ini selepas kekalahan 1-4 di tangan Paris Saint Germain dalam Ligue 1.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA