Seorang kru kapal dagang warga India jatuh laut
Seorang kru kapal dagang warga India jatuh laut

PONTIAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor melalui Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim (MRCC) Johor Bahru mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) seorang kru kapal dagang disyaki terjatuh ke dalam laut kira-kira 1.4 batu nautika tenggara Tanjung Bin, Isnin lalu.
Pemangku Pengarah Maritim Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil, berkata kejadian dipercayai berlaku sewaktu kapal dagang berkenaan yang berdaftar dari Marshall Islands berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pelepas menuju ke Singapura pada hari kejadian.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Sandeep berusia 36 tahun warganegara India dan kali terakhir dilihat pada jam 7.30 malam dengan berpakaian berwarna jingga.
“Op Carilamat diaktifkan di sekitar lokasi perairan Tanjung Bin dengan kekuatan seramai 44 anggota dan dengan lima aset laut serta lima aset darat milik Maritim Malaysia.
“Selain itu, operasi dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta bot Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), ” katanya dalam kenyataan hari ini.
Seorang kru kapal dagang warga India jatuh laut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET