Ancelotti percaya Mbappe mampu capai tahap Ronaldo
Ancelotti percaya Mbappe mampu capai tahap Ronaldo

Madrid: Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti memuji prestasi luar biasa Kylian Mbappe selepas penyerang Perancis itu menjaringkan hatrik dalam kemenangan 3-1 ke atas Manchester City, yang membawa juara bertahan itu ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Ancelotti turut membandingkan Mbappe dengan legenda kelab, Cristiano Ronaldo yang muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid dengan 451 gol dalam 438 perlawanan bagi juara Eropah 15 kali itu.
“Dia mempunyai kualiti untuk mencapai angka itu, tetapi dia perlu bekerja keras kerana Cristiano telah menetapkan penanda aras yang sangat tinggi. Namun, dia sangat teruja untuk bermain di sini dan dia mampu mencapai tahap Cristiano,” kata Ancelotti pada sidang akhbar.
“Semua orang menantikan hatrik daripadanya dan akhirnya ia tiba.
“Namun, Mbappe bukan satu-satunya pemain yang membuat perbezaan. Kami mempunyai ramai pemain yang berperanan besar. Mereka bukan sahaja menonjol secara individu, tetapi melalui kerja berpasukan yang luar biasa.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Di pusingan 16 terakhir, juara bertahan itu akan berdepan sama ada Bayer Leverkusen atau seteru setempat, Atletico Madrid, bergantung kepada undian pada Jumaat dalam usaha mereka mencipta rekod gelaran ke-16.
“Ia bukan sesuatu yang positif untuk melalui pusingan kalah mati kerana kami terpaksa bermain 10 perlawanan untuk mara ke pusingan 16 terakhir.
“Kami bukan keluar dari tempoh yang sukar, sebaliknya kami sedang memasukinya kerana inilah saat sebenar musim bermula. Tiada ruang untuk berhenti, tiada masa untuk berehat.
“Tetapi dari segi emosi, sudah tentu perlawanan ini memberi kesan positif kepada kami. Mari teruskan momentum ini.”
Ancelotti percaya Mbappe mampu capai tahap Ronaldo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET