Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Satu persoalan yang pastinya akan mendapat dua jawapan yang berbeza dari kelompok yang berbeza.
Bagi penyokong mantan perdana menteri ke VI, DS Najib, pastinya mereka akan jawab dengan penuh keyakinan, pasti DS Najib akan buat come back untuk menjadi perdana menteri kali kedua selepas beliau dibebaskan.
Tetapi bagi Najib haters, soalan ini pasti akan dijawab dengan sinis, jangan bermimpi di siang hari.
Dalam membahaskan perkara ini, penulis tertarik dengan ulasan yang dibuat oleh blogger Thick As A Brick.
Secara faktanya, tanpa mendapat pengampunan penuh dari YDP Agong, agak sukar untuk DS Najib menjadi perdana menteri kali kedua.
Di andaikan beliau menang dalam kes titah adendum dan mendapat tahanan di rumah, beliau masih lagi mesti menghabiskan baki hukuman sehingga Ogos 2028.
Selepas Ogos 2028, DS Najib masih lagi tidak boleh memegang sebarang jawatan politik selama 5 tahun.
Itu tidak diambil kira sekiranya DS Najib disabitkan kesalahan dalam kes 1MDB yang sekarang ini di peringkat membela diri.
Walau pun sangat pahit untuk di terima oleh penyokong DS Najib, namun itu adalah fakta yang ada di hadapan mata.
Peluang Masih Terbuka, Tidak Ada Yang Mustahil
Tetapi tidak ada yang mustahil di dalam dunia politik, kerana politik itu sendiri bersifat dinamik.
Sekiranya DS Najib mendapat pengampunan penuh dalam hukuman kes SRC dan dibebaskan dari tuduhan kes 1MDB atau sekali lagi mendapat pengampunan penuh sekiranya disabitkan kesalahan dalam kes 1MDB, keadaan sebaliknya mungkin berlaku.
Persoalan sama ada DS Najib masih diterima oleh rakyat atau pun akar umbi UMNO, tidak timbul.
DS Najib masih lagi mendapat sokongan kuat dari rakyat dan akar umbi UMNO.
Keputusan PRN Melaka dan PRN Johor adalah fakta yang cukup kukuh.
Manakala keputusan PRU 15 dan PRN 6 Negeri cukup memberitahu kita, tanpa sentuhan DS Najib, orang Melayu dan akar umbi UMNO ibarat anak ayam kehilangan ibu.
Dan sekiranya DS Najib terus tidak mendapat pembelaan, PRU 16 dijangka akan memberikan mimpi ngeri bukan sahaja kepada UMNO, malah Pakatan Harapan.
Sejarah Come Back Pemimpin Politik Di Malaysia
Dalam sejarah politik di Malaysia, come back dari pemimpin bukanlah perkara yang asing.
Dr Mahathir pernah membuat come back selepas bersara, malah berjaya menjadi perdana menteri buat kali kedua.
Namun, pencapaian beliau ketika menjadi perdana menteri kali kedua jauh berbeza dengan pencapaian beliau ketika kali pertama menjadi perdana menteri.
Kalau ada hujah yang mengatakan Dr Mahathir boleh buat come back kerana tidak ada hukuman mahkamah, bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim?
Apa yang menyelamatkan Anwar Ibrahim dari hukuman kes liwat 2?
Bukankah beliau telah diselamatkan oleh pengampunan penuh dari YDP Agong?
Tanpa pengampunan penuh dari YDP Agong, tidak mungkin Anwar boleh menjadi perdana menteri sekarang ini.
Kalau hujahnya kerana kes liwat 2 Anwar lebih bersifat politik dendam dari fakta, apa bezanya dengan kes SRC dan 1MDB DS Najib?
Apa yang penting adalah parti UMNO mesti lebih agresif membela DS Najib sebagaimana PKR membela Anwar.
Ikhtiar politik mesti dilakukan secara berterusan jika tidak mahu kehilangan kepercayaan akar umbi UMNO dan rakyat.
Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
You must be logged in to post a comment.