Terbukti Mahathir Kaki Gaduh

Terbukti Mahathir Kaki Gaduh

Terbukti Mahathir Kaki Gaduh

 

Secara tidak semena-mena, Dr Mahathir cuba mencipta krisis baharu antara beliau dengan keluarga mantan perdana menteri ke V, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).

Penulis tidak pasti apa tujuan sebenar Dr Mahathir berbuat begitu.

Dalam satu podcast yang dikendalikan oleh Idris Jala dan anaknya, Leon, Dr Mahathir mendakwa kononnya ketika peralihan kuasa antara beliau dan Pak Lah, anak Pak Lah memberitahu anak beliau bahawa kini sudah tiba giliran mereka.

Apabila ditanya oleh anak Dr Mahathir giliran untuk apa?

Anak Pak Lah memberitahu, sudah tiba masanya giliran untuk mereka untuk mencuri duit negara.

Dalam podcast yang sama, Dr Mahathir berkata beliau merasa terkejut apabila perkara itu diberitahu oleh anak beliau.

Tetapi Dr Mahathir tidak pula memberitahu siapakah anak Pak Lah yang berkata begitu.

Dan siapakah anak beliau yag berbual dengan anak Pak Lah.

Tuduhan Dr Mahathir telah dinafikan dengan keras oleh anak Pak Lah, Kamaluddin Abdullah.

“Saya menafikan sepenuhnya.”

“Saya tidak pernah berkata sedemikian dan saya juga tidak melakukan perkara sedemikian.”

“Mahathir jelas sangat kecewa dan sangat marah dengan banyak perkara terhadap ramai orang.”

“Yang terbaik yang boleh kita lakukan ialah mendoakan kesejahteraannya.

“Dan berharap pada usia senjanya, dia mendapat ketenangan dengan dirinya sendiri,” kata beliau.

Bagi penulis, apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir adalah fitnah terbaru beliau.

Ia sebagai usaha untuk mengalih perhatian terhadap beberapa pertuduhan yang bakal beliau dan anak beliau hadapi.

Sekiranya Dr Mahathir benar, mengapa beliau tidak mendedahkan siapa anak Pak Lah yang berkata begitu.

Serta sekiranya diminta untuk dibuktikan, apakah beliau boleh membuktikannya untuk mengukuhkan tuduhan tersebut?

Sepatutnya apabila usia semakin menjelang senja, Dr Mahathir perlu lebih banyak berusaha mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Bukan berusaha untuk menimbulkan lagi kemarahan dan kebencian manusia terhadap beliau.

Benar seperti yang pernah dikatakan oleh DS Najib, Dr Mahathir seorang kaki gaduh!!!

 

Terbukti Mahathir Kaki Gaduh

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker