Perhimpunan sokong Najib 6 Januari merugikan negara

Oleh – Syeikh Baran

Perhimpunan sokong Najib 6 Januari merugikan negara

Perhimpunan raksasa di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya pada 6 Januari 2025 bakal merugikan negara dan merosakkan semangat rakyat yang mahu melihat Malaysia yang adil serta tidak rasuah.

Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, tidak perlu ahli PKR menyertai perhimpunan berkenaan kerana parti itu tegas dalam menentang rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa.

Ujar beliau, rasuah dan pecah amanah jenayah serta salah guna kuasa yang Datuk Seri Najib Tun Razak didapati salah oleh hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan Malaysia dan Mahkamah Persekutuan perlu dihormati.

“Apa perlunya? Datuk Najib telah dibicarakan dengan adil.Tidak ada ‘miscarriage of justice’ berlaku.Dia telah didapati bersalah dan dihukum. Tentang Titah Addendum itu tunggu lah keputusan Mahkamah Rayuan.

“Mengapa mesti ada perhimpunan raksaksa untuk menekan Hakim dan Mahkamah? Kesalahan yang dilakukan Najib adalah kesalahan besar dalam kes SRC International. Bagi saya tidak ada ‘double standard’ dalam soal hukum dan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Hassan berkata, kisah Najib satu pengajaran supaya tidak ada lagi pemimpin negara walaupun seorang Perdana Menteri boleh diberi hukuman ringgan atas perbuatan tidak amanah, rasuah dan salah guna kuasa.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker