Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

PAS MAIN POLITIK?

PAS MAIN POLITIK?

PAS MAIN POLITIK?

Banyak pihak mendakwa PAS mahu meraih manfaat politik kerana minta ahlinya turun berhimpun di Istana Kehakiman pada 6 Januari 2025 ini. Biarlah kalau Pas mahu main politik pun. Pihak yang menyebabkan titah adendum ini berlarutan sampai satu tahun lagi kuat main politik.

Sebab itu UMNO tidak kisah apabila Hasssn Karim minta ahli PKR jangan sertai perhimpunan. Tahulah UMNO urus sendiri. Dijangka 15 ribu ahli UMNO hadir dengan berbaju merah. UMNO sudah merancang lebih awal sebelum Pas keluar surat.

Kalau Pas boleh kumpul sampai 10 ribu orang baguslah. Itu tanda Najib ada aura pada ahli Pas. Kalau ada 100 orang ahli PKR, DAP dan Bersatu datang sudah menggemparkan.

UMNO berhimpun secara aman dan ikut peraturan. Perbincangan sudah dibuat dengan pihak berkuasa. Tidak akan ada pokok bunga DBKL akan rosak, tercabut atau kenderaan polis diterbalikkan seperti ketika BERSIH berhimpun dulu.

Populariti Najib digeruni. Sebab itu ada pihak yang ikhlas dan ada yang mahu mempolitikkan titah adendum ikut nafsu masing masing. Pokoknya UMNO tetap bersolidariti dengan Najib.

– DrPuad Zarkashi 

PAS MAIN POLITIK?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker