Tanda dagang: Ralph Lauren menang saman, syarikat China kena bayar RM12.5 juta
Tanda dagang: Ralph Lauren menang saman, syarikat China kena bayar RM12.5 juta
Shanghai: Jenama fesyen global berpusat di Amerika Syarikat, Ralph Lauren menang dalam beberapa kes pelanggaran tanda dagang yang diputuskan oleh Mahkamah Harta Intelek (IP) Shanghai, menandakan kemajuan terbaharu China dalam perlindungan hak harta intelek, menurut kenyataan Ralph Lauren China pada Selasa.
Kes itu difailkan terhadap Shanghai Ruifa Apparel Co, Ltd dan Qingyuan Huahao Zhibai Leather Goods and Apparel Co, Ltd, dua pemegang lesen utama Guangzhou Aichi Leather Goods Co, Ltd.
Keputusan mahkamah mengiktiraf tanda dagangan Ralph Lauren termasuk “POLO”, “POLO BY RALPH LAUREN”, dan “POLO RALPH LAUREN”, sebagai sangat berpengaruh dalam industri dan kalangan pengguna China.
Berdasarkan fakta, mahkamah memutuskan yang penggunaan tanda dagang tanpa kebenaran oleh defendan berkemungkinan mengelirukan orang awam mengenai keaslian barang itu dan secara palsu mencadangkan hubungan antara defendan dan tanda dagang berdaftar Ralph Lauren, menurut penghakiman mahkamah yang dilaporkan oleh Xinhua.
Mahkamah mengarahkan defendan untuk segera menghentikan semua aktiviti yang melanggar tanda dagang, termasuk menghentikan penggunaan tanda dagang yang serupa atau seiras dengan tanda dagang Ralph Lauren, menghentikan penjualan produk yang menggunakan tanda dagang itu dan mengeluarkan tanda dagang berkenaan daripada papan tanda kedai, hiasan dalaman serta pembungkusan produk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
Syarikat China itu diperintahkan membayar pampasan berjumlah 20 juta yuan (kira-kira AS$2.8 juta) kepada Ralph Lauren, jumlah yang jauh melebihi had pampasan yang ditetapkan, menjadikannya antara kes dengan pampasan tertinggi yang diberikan dalam kes pelanggaran tanda dagang di China.
Ralph Lauren mengalu-alukan keputusan itu dan menyambut komitmen kerajaan China dalam melindungi hak harta intelek serta memastikan persekitaran operasi yang adil untuk semua syarikat di China, menurut kenyataan media syarikat berkenaan.
China mengambil langkah proaktif untuk menangani kebimbangan dan permintaan harta intelek perusahaan, memastikan perlindungan yang sama untuk inovator tempatan dan asing, menurut Pentadbiran Harta Intelek Kebangsaan China.
Dari Januari hingga Oktober tahun ini, China meluluskan 92,000 paten ciptaan asing, meningkat 5.3 peratus berbanding tahun lepas. Pendaftaran tanda dagang asing di negara itu juga meningkat kepada 121,000, naik 13.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Tanda dagang: Ralph Lauren menang saman, syarikat China kena bayar RM12.5 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?