Bapa, ibu tiri bersalah bunuh Sara Sharif

Bapa, ibu tiri bersalah bunuh Sara Sharif

Bapa, ibu tiri bersalah bunuh Sara Sharif
SARA Sharif. FOTO Polis Surrey/ Reuters

London: Bapa dan ibu tiri kepada kanak-kanak berketurunan Britain-Pakistan, didapati bersalah atas pembunuhan mangsa dalam kes penderaan kanak-kanak yang mengejutkan United Kingdom (UK).

Urfan Sharif, 42, dan Beinash Batool, 30, disabitkan dengan pembunuhan Sara Sharif selepas kanak-kanak berusia 10 tahun itu ditemukan mati di rumahnya, tahun lalu.

Sara dilaporkan parah termasuk mengalami patah tulang, melecur dan mempunyai kesan gigitan.

Bapa saudaranya, Faisal Malik, 29, juga didapati bersalah menyebabkan atau membenarkan kematian mangsa selepas seminggu pertimbangan juri di mahkamah di Old Bailey, London.

Ketiga-tiga mereka akan dijatuhkan hukuman pada Selasa depan selepas perbicaraan selama 10 minggu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?


 

“Penderaan kejam dan keganasan yang tidak terkata yang dilakukan ke atas Sara mengejutkan dan menggerunkan orang ramai di seluruh dunia,” kata Craig Emmerson dari polis Surrey yang mengetuai siasatan ke atas pembunuhannya.

Selepas kejadian, ketiga-tiga tertuduh melarikan diri ke Pakistan.

Bapanya meninggalkan sekeping nota tulisan tangan yang mengatakan dia tidak berniat untuk membunuhnya.

Ketiga-tiganya ditahan selepas pulang ke UK, sebulan kemudian.

Ketika disoal balas pada perbicaraan tinggi bulan lalu, Sharif seorang pemandu teksi, mengaku membunuh anak perempuannya, tetapi menegaskan dia tidak berniat untuk mencederakannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS


Dia pada mulanya menafikan semua pertuduhan dan menyalahkan Beinash atas kematian Sara.

Sharif juga mengaku menyebabkan beberapa kepatahan tulang pada mangsa dalam beberapa minggu sebelum kematian Sara.

Dia juga mengaku memukul kanak-kanak itu dengan kayu kriket ketika mangsa diikat dengan pita.

Selain itu, lelaki itu mengaku mencekik budak itu dengan tangan dan menyebabkan tulang hyoid pada leher mangsa, patah.

Bapa, ibu tiri bersalah bunuh Sara Sharif

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker