Samun rantai warga emas, 4 wanita ditahan

Samun rantai warga emas, 4 wanita ditahan

Samun rantai warga emas, 4 wanita ditahan
TANGKAP layar video penahanan empat wanita yang tular di media sosial.

Seri Kembangan: Polis menahan empat wanita di persimpangan lampu isyarat, Jalan Semangat PJS 13, Petaling Jaya semalam, disyaki terbabit kes samun rantai leher.

Mereka disyaki menyamun warga emas berusia 69 tahun di Seri Kembangan pada 11 pagi, 28 November lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, empat wanita tempatan yang ditahan itu berusia antara 30 hingga 41 tahun.



Menurutnya, kejadian berlaku ketika warga emas berkenaan berada di hadapan rumahnya dan didatangi kereta menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Katanya, tiga wanita tidak dikenali keluar daripada kenderaan itu, memberitahu mengenai pinjaman dan bantuan khas untuknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS




“Suspek mengajak warga emas berkenaan ke pejabatnya di South City Plaza, Serdang Perdana dan apabila tiba di sana, salah seorang suspek menarik rantai leher warga emas itu ketika dia keluar kereta, sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam tadi.

Anbalagan berkata, kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk perintah reman, pada pagi ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Syafiq Mohd Nasir di talian 03-8074 2222.

Terdahulu, satu video berdurasi 1.03 minit memaparkan tangkapan berkenaan oleh sepasukan polis di persimpangan lampu isyarat tular di media sosial.



Samun rantai warga emas, 4 wanita ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zeti Dan Taufiq Ayman ‘Di Londehkan’ Dalam Mahkamah



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker