Penunjuk perasaan anti-Yoon nyalakan lilin di seluruh negara
Penunjuk perasaan anti-Yoon nyalakan lilin di seluruh negara
Seoul: Kumpulan sivil dan buruh mengadakan perhimpunan menyalakan lilin atau protes di seluruh negara pada Rabu untuk menuntut peletakan jawatan Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang kontroversial, lapor agensi berita Yonhap.
Persekutuan Kesatuan Sekerja Korea, Solidariti Rakyat untuk Demokrasi Penyertaan dan beberapa kumpulan sivil lain menganjurkan perhimpunan lilin besar-besaran di Dataran Gwanghwamun di pusat bandar Seoul, yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.
Peserta mengkritik Presiden Yoon atas percubaannya yang singkat untuk mengisytiharkan undang-undang darurat dan menggesa peletakan jawatannya serta-merta.
Di bandar barat daya Gwangju, kira-kira 1,000 orang menghadiri perhimpunan sama yang dijadual bermula pada 7 malam (waktu tempatan), kata penganjurnya, sambil menambah perhimpunan serupa juga akan diadakan di Suncheon, Yeosu dan beberapa bandar lain di Wilayah Jeolla Selatan.
Di bandar tenggara seperti Daegu dan Pohang, aktivis sivil dan buruh mengadakan sidang media pada waktu pagi untuk menuntut peletakan jawatan Yoon, di samping merancang perhimpunan serupa pada sebelah petang.
Mereka mengecam pengisytiharan undang-undang tentera oleh presiden sebagai satu pemberontakan melibatkan tentera dan polis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
Di Busan, aktivis sivil merancang mengadakan perhimpunan anti-Yoon setiap hari sehingga awal minggu depan, bermula pada petang Rabu.
Perhimpunan serupa dijadualkan bermula di bandar berhampiran Ulsan pada 6 petang hari yang sama. Di Chuncheon, Wilayah Gangwon dan di Pulau Jeju, perhimpunan lilin dijadualkan berlangsung pada 7 malam.
Penunjuk perasaan anti-Yoon nyalakan lilin di seluruh negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
- UMNO Berikan Peluang Kedua Kepada Pemimpin Yang Di Kenakan Tindakan Disiplin
- Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.