Banjir: 66,033 mangsa masih di 227 PPS
Banjir: 66,033 mangsa masih di 227 PPS
Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir terus mencatatkan penurunan pagi ini dengan 66,033 orang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri.
Setakat 8 pagi, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan, semua mangsa itu terdiri daripada 20,168 keluarga yang masih berlindung di 227 PPS seluruh negara.
Daripada jumlah itu, Kelantan masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 43,667 orang daripada 13,978 keluarga ditempatkan di 96 PPS.
Ini diikuti Terengganu dengan 14,525 mangsa daripada 3,735 keluarga di tujuh daerah terjejas masih mendapatkan perlindungan di 63 PPS.
Di Kedah, 6,165 orang daripada 1,968 keluarga ditempatkan di 32 PPS.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Johor pula mengaktifkan 20 PPS bagi memberi perlindungan kepada 1,068 orang daripada 305 keluarga, manakala di Perak, 383 orang daripada 127 keluarga di 10 PPS.
Selain itu, dua PPS di Melaka masih dibuka bagi menempatkan 172 orang daripada 44 keluarga, manakala seramai 53 orang daripada 11 keluarga masih berlindung di empat PPS di Pahang.
Banjir: 66,033 mangsa masih di 227 PPS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.