Imigresen, Polis gempur Pandan Mewah
Imigresen, Polis gempur Pandan Mewah
AMPANG JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, mengepung seluruh kawasan yang menempatkan 12 blok flat di Pandan Mewah, di sini, selepas dilaporkan menjadi lubuk kediaman pendatang asing tanpa izin (PATI).
Serbuan secara bersepadu di kawasan berkenaan dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bermula jam 6 petang tadi.
Pengarah JIM Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, sehingga jam 7.30 malam, pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 400 warga asing yang mendiami kawasan itu dan jumlah keseluruhan PATI 119 orang.
“Kesemua yang diperiksa terdiri dari kanak-kanak berusia dua tahun hingga orang dewasa berusia 50-an.
“Pemeriksaan awal mendapati majoriti warga asing yang diperiksa adalah warga Myanmar dan Bangladesh dan kita akan menahan mana-mana warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen seperti tidak memiliki dokumen perjalanan,” katanya ketika sidang media di lokasi serbuan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Khairrul Aminus berkata, pihaknya telah membuat risikan di lokasi berkenaan selama seminggu sebelum melakukan operasi bersepadu.
“Kita juga akan mengambil tindakan mengesan mana-mana pemilik unit kediaman yang menyewakan kediaman mereka kepada warga asing selain melaksanakan operasi berkenaan dari masa ke masa bukan sahaja di Ampang Jaya, malah seluruh Selangor,” katanya.
Dalam operasi sama, MPAJ turut menyita barangan dua premis kedai runcit yang disyaki menjalankan penggajian pekerja warga asing tanpa permit.
MPAJ juga tidak menolak kemungkinan ada pemilik premis perniagaan yang menyewakan kedai mereka kepada warga asing sebagai ‘Ali Baba’.
Sehingga jam 9 malam tadi, operasi berkenaan masih giat di jalankan dengan kesemua laluan masuk dan keluar menuju ke kawasan flat berkenaan yang terletak di belakang Hospital Ampang, dikawal sepenuhnya oleh pihak polis termasuk mewujudkan sekatan jalan raya (SJR).
Pihak JIM Selangor, akan mengeluarkan kenyataan terkini jumlah warga asing yang ditahan dalam operasi berkenaan selepas proses dokumentasi sepenuhnya selesai dijalankan.
Imigresen, Polis gempur Pandan Mewah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.