Tiga terselamat, bot terbalik dipukul ombak

Tiga terselamat, bot terbalik dipukul ombak

Tiga terselamat, bot terbalik dipukul ombak
Tiga nelayan terselamat selepas bot yang dinaiki mereka terbalik dipukul ombak di pesisir pantai Kampung Perupok, Bachok. – Foto NSTP/Ihsan JBPM

BACHOK: Tiga nelayan terselamat selepas bot yang dinaiki mereka terbalik dipukul ombak di pesisir pantai Kampung Perupok, di sini, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Lokman Yusoh, kejadian itu berlaku selepas mereka yang berusia di antara 40 hingga 50 tahun dalam perjalanan pulang dari mengambil pukat di laut.

Katanya, akibat keadaan bergelora, bot yang dinaiki mereka terbalik pada jarak 200 meter dari pesisir pantai.



“Pihak kami menerima panggilan dari Sistem MERS 999 berhubung kejadian itu pada jam 10.45 pagi dan seramai lapan anggota termasuk pegawai dari BBP Bachok bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, tiga nelayan itu sudah diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba,” katanya ketika dihubungi.

.Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.34 pagi.

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker