Lelaki didakwa cuba eksport alat ganti pesawat secara haram ke Rusia

Lelaki didakwa cuba eksport alat ganti pesawat secara haram ke Rusia

Lelaki didakwa cuba eksport alat ganti pesawat secara haram ke Rusia
GAMBAR HIASAN

New Delhi: Amerika Syarikat (AS) mendakwa seorang warga India atas cubaan untuk mengeksport alat ganti pesawat secara haram ke Rusia.

Sanjay Kaushik, 57, dari India, didakwa kerana bersubahat untuk mengeksport komponen penerbangan terkawal yang mempunyai aplikasi dwi kegunaan iaitu awam dan ketenteraan kepada pengguna akhir di Rusia, melanggar Akta Pembaharuan Kawalan Eksport,” menurut kenyataan Jabatan Kehakiman AS pada Jumaat.

Dia didakwa cuba mengeksport sistem navigasi dan kawalan penerbangan secara haram dari Oregon ke Rusia melalui India.

Lelaki itu ditangkap di Miami, Florida, pada 17 Oktober.

Dia juga dituduh bersekongkol dengan individu lain untuk mendapatkan barangan dan teknologi aeroangkasa secara haram dari AS dan mengeksportnya ke Rusia sejak Mac 2023 berikutan sekatan Barat ke atas Rusia berkaitan konflik Ukraine.

“Barangan itu dibeli dengan alasan palsu bahawa ia akan dibekalkan kepada Kaushik dan syarikatnya di India, sedangkan sebenarnya ia untuk pengguna akhir di Rusia,” menurut kenyataan AS.

Lelaki didakwa cuba eksport alat ganti pesawat secara haram ke Rusia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker