Bayar RM150 untuk parkir tapi tayar kereta kena curi

Bayar RM150 untuk parkir tapi tayar kereta kena curi

Bayar RM150 untuk parkir tapi tayar kereta kena curi
Mangsa tampil membuat laporan polis selepas tayar keretanya dicuri ketika berada di tempat parkir berbayar. – Foto tular

LUMUT: Polis sedang giat memburu suspek kes mencuri tayar kereta di tempat parkir kenderaan berbayar di sebuah pulau persendirian, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman, berkata insiden yang turut tular dalam media sosial itu dilaporkan berlaku ketika pemilik Honda City terbabit berada di Pulau Pangkor selepas parkir keretanya di pulau lain.

Katanya, mangsa dikatakan hanya menyedari kehilangan tayar kereta itu selepas dimaklumkan oleh rakan melalui panggilan telefon kira-kira jam 3 petang kelmarin.

@nazrincaien

Naya macam ni Guard mana. Parking Marina island #trending #fypシ #fypシ゚viral

♬ bunyi asal – Caien transport pangkor – Caien transport pangkor

Berikutan itu, beliau berkata, mangsa yang mengalami kerugian dianggarkan mencecah RM2,000 akibat dua tayar Honda City itu dicuri, membuat laporan polis pada jam 7.30 malam hari sama.

“Pengadu dikata meninggalkan keretanya di tempat parkir kenderaan terbabit sejak 14 November lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?


“Polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Hasbullah berkata, orang awam yang ada maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Roswani Mohd Desa, melalui talian 011-55042061, Bilik Gerakan IPD Manjung (05-6886222) atau hotline WhatsApp (017-6828005) bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video berdurasi 36 saat dalam media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa kedua-dua tayar belakang Honda City miliknya, termasuk rim, dicuri.

Lelaki itu mendakwa kejadian berlaku ketika mangsa berada di Pulau Pangkor selepas meletak kereta terbabit di tempat parkir kenderaan berbayar di sebuah pulau persendirian.

Mangsa turut meluahkan kekecewaan dengan mendakwa perlu membayar RM150 sebulan untuk tujuan parkir itu, namun aspek pengawasan tidak dititikberatkan sehingga berlaku kecurian.

Bayar RM150 untuk parkir tapi tayar kereta kena curi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker