Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya dituntut keluarga

Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya dituntut keluarga

Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya dituntut keluarga
Bapa mangsa kemalangan jalan raya, Nizasuhana Ujang duduk bersebelahan jenazah selepas bedah siasat selesai . Foto/NSTP Samadi Ahmad.

PUTRAJAYA: Jenazah mangsa yang terbabit dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

Jenazah Muhammad Danial Mohd Nuzi, 24, pula dituntut ahli keluarganya pada 10.05 malam tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bestari Jaya, pagi esok.

Sementara itu, difahamkan jenazah seorang lagi mangsa, Amizan Sapiie, 27, juga sudah selesai dibedah siasat bagaimanapun masih belum dituntut oleh waris.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku apabila kereta dinaiki empat mangsa itu yang dalam perjalanan ke arah Putrajaya dari Kajang terbabas dan melanggar penghadang jalan antara susur masuk ke pusat beli-belah berkenaan di laluan menghala ke Putrajaya.

Akibat kemalangan itu, pemandu serta tiga lagi penumpang maut di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Polis meminta orang awam yang menjadi saksi kemalangan terbabit untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Inspektor Muhamad Haziq Ab Karim di talian 017-9076260.

Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya dituntut keluarga


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker