Saya bersara dengan hati yang tenang – Nadal

Saya bersara dengan hati yang tenang – Nadal

Saya bersara dengan hati yang tenang - Nadal
NADAL memahat sejarah dengan memenangi 14 gelaran Terbuka Perancis. FOTO AFP

Malaga: Rafael Nadal, legenda tenis dengan 22 gelaran Grand Slam, secara rasmi mengumumkan persaraannya selepas kekalahan Sepanyol kepada Belanda dalam Piala Davis.

Nadal, 38, memberikan ucapan penuh emosi lebih 10 minit di hadapan lebih 10,000 peminat di Malaga, menandakan penghujung karier yang gemilang selama 23 tahun.

“Saya bersara dengan hati yang tenang kerana tahu saya meninggalkan legasi, bukan hanya dalam sukan tetapi juga dalam kehidupan peribadi,” kata Nadal dalam majlis persaraannya.



Beliau menambah bahawa kasih sayang yang diterimanya bukan sekadar kerana pencapaiannya di gelanggang, tetapi juga kerana cara beliau membawa diri.

Dikenali sebagai ‘Raja Tanah Liat’, Nadal memahat sejarah dengan memenangi 14 gelaran Terbuka Perancis dan mencipta rekod 81 kemenangan berturut-turut di atas permukaan tanah liat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 



Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 

Walaupun dengan pencapaian luar biasa ini, Nadal berkata, beliau berharap diingati bukan hanya kerana angka-angka berkenaan.



“Saya mahu dikenang sebagai seorang yang baik, seorang budak dari kampung kecil di Mallorca yang mengejar impian dan mencapai lebih daripada yang saya impikan,” katanya.

Semasa majlis itu, Nadal diraikan dengan montaj video yang ditayangkan di sekitar arena Martin Carpena, memperingati detik-detik terbesarnya.

Bintang-bintang tenis seperti Roger Federer, Novak Djokovic, Andy Murray, dan Serena Williams turut menyampaikan mesej penghargaan, bersama tokoh bola sepak termasuk David Beckham, Raul, dan Andres Iniesta, yang juga baru bersara pada Oktober lalu.

Nadal, yang tidak pernah mematahkan raket di gelanggang sepanjang kariernya, dikenang bukan hanya kerana kehebatannya di gelanggang tetapi juga sikap positifnya yang menjadikannya salah seorang atlet paling dihormati di dunia.



Saya bersara dengan hati yang tenang – Nadal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker