Pearly-Thinaah mara, Jun Hao merana
Pearly-Thinaah mara, Jun Hao merana
Kuala Lumpur: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Masters China selepas mengalahkan wakil tuan rumah Ding Ke Yun-Wang Yi Duo sebentar tadi.
Mereka yang diletakkan sebagai pilihan kelima mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-14 dalam perlawanan selama 39 minit di Gimnasium Shenzhen.
Menanti Pearly-Thinaah di pusingan kedua ialah pasangan Jepun, Arisa Igarashi-Ayako Sakuramoto yang mengalahkan Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun dari Taiwan, 18-21, 21-18, 21-18.
Bagaimanapun, perseorangan lelaki, Leong Jun Hao mengalami nasib sama seperti Lee Zii Jia apabila tumpas kepada wakil Jepun, Takuma Obayashi 12-21, 11-21.
Turut tersingkir, beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang kalah di tangan pilihan kedua dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 24-22, 18-21, 15-21.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
Mengalami nasib sama ialah Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila mereka tumpas kepada satu lagi pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard 21-19, 19-21, 17-21.
Pearly-Thinaah mara, Jun Hao merana
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan
You must be logged in to post a comment.