Gunung Lewotobi di Indonesia meletus lagi

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus lagi

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus lagi
Gunung Lewotobi Laki-laki memuntahkan bahan gunung berapi semasa letusan, seperti yang dilihat dari Konga, Titehena, Flores Timur, wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, pada 12 November, 2024 lalu. FOTO REUTERS

Jakarta: Gunung Lewotobi yang terletak di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus lagi pada Rabu, memuntahkan abu dan bahan gunung berapi yang memburukkan kualiti udara dengan ketara di wilayah itu, lapor Xinhua.

Letusan itu mengeluarkan abu tebal berwarna kelabu setinggi tiga kilometer (km), yang tersebar ke arah barat dan barat daya kawah, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi.

Walaupun agensi itu menurunkan tahap Notis Balai Cerap Gunung Berapi untuk Penerbangan ke tahap oren, iaitu amaran kedua tertinggi, pesawat masih dilarang terbang pada ketinggian di bawah 5 km sekitar gunung berapi itu.

Richard Felt, pegawai kanan daripada agensi pengurusan bencana wilayah memberitahu Xinhua bahawa letusan berterusan sejak 4 November telah memburukkan kualiti udara sehingga menyebabkan masalah pernafasan dalam kalangan beberapa penduduk.

“…Kami sudah menjangka perkara ini dan telah mengagihkan pelitup muka serta mengesyorkan orang ramai menggunakannya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?


Pusat pemindahan yang menempatkan kira-kira 12,000 mangsa telah dilengkapi dengan logistik, bekalan asas dan pos kesihatan untuk menangani kesan daripada kualiti udara yang buruk.

Pihak berkuasa turut berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlakunya banjir lahar semasa hujan lebat.

Gunung Lewotobi setinggi 1,584 meter adalah satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus lagi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker