Lelaki cedera kemalangan tujuh kenderaan

Oleh – Syeikh Baran

Lelaki cedera kemalangan tujuh kenderaan

Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 14.4 Lebuhraya Lembah Klang (NKVE), di sini, malam ini.



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.56 malam sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan iaitu dua Toyota Hilux dan masing-masing sebuah Proton X70, Proton Saga, Toyota Camry, Mazda dan Perodua Axia.

“Terdapat seorang mangsa iaitu seorang lelaki berusia 36 tahun tersepit di dalam Toyota Camry dan berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Katanya, operasi membabitkan 10 anggota bersama jentera diketuai oleh Komander Operasi Muhamad Munir Suieb.



Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker