16 penyamun kilang dicekup
Oleh – Syeikh Baran
Seramai 16 lelaki termasuk dua warga China dicekup selepas terbabit dalam kes samun barangan kilang di Telok Panglima Garang di sini, baru-baru ini.
Kesemua suspek berusia 30 hingga 50 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 3.30 petang, 9 November lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd. Sufian Amin berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus kilang pada pukul 2.30 petang hari sama selepas dimaklumkan berhubung kehadiran sekumpulan lelaki di premis tersebut.
“Kita merampas sepucuk pistol, 20 butir peluru, sebilah parang dan sebuah kereta dan lori yang digunakan semasa kejadian.
“Semakan mendapati lapan daripada suspek itu mempunyai pelbagai rekod jenayah dan kesemua mereka kini sedang direman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memberitahu, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan kesemua suspek dalam kes tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.
Sumber – KOSMO!ONLINE
You must be logged in to post a comment.