Sembilan mengaku tak bersalah miliki minyak diesel tanpa lesen

Sembilan mengaku tak bersalah miliki minyak diesel tanpa lesen

Sembilan mengaku tak bersalah miliki minyak diesel tanpa lesen
Antara individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana memiliki 34,740 liter minyak diesel tanpa lesen tahun lalu. – Foto NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

KUALA TERENGGANU: Sembilan individu termasuk tiga pemilik syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini kerana memiliki 34,740 liter minyak diesel tanpa lesen tahun lalu.

Semua tertuduh yang berusia antara 29 hingga 63 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tiga pemilik syarikat iaitu Hasdi Mustapa, 43; Hirool Farihan Hussin, 41, dan Abd Mukmin A Razak, 36, didapati secara syak munasabah memiliki 29,070 liter barang kawalan iaitu diesel yang juga barang berjadual yang disimpan dalam tangki simpanan ‘semi trailer’.

Enam lagi tertuduh iaitu Azni Zabar, 39; Mohd Luqman Ramli, 31; Hasrul Azly Mustapa, 32; Mohamad Saufi Abdull Ghapa, 29, Mohd Rozi Mohd Zain, 38 dan Che Harun Mat Jusoh, 63, pula didakwa memiliki baki 5,669.66 liter minyak diesel yang disimpan di dalam tangki kenderaan dan tangki tambahan plastik di dua stesen minyak.

Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) itu boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama.

Bagi kesalahan itu, mereka berdepan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah semua tertuduh direkodkan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin antara RM3,000 hingga RM8,000 membabitkan keseluruhan jaminan berjumlah RM57,000.

Mahkamah juga menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam, Mohamad Zaiful Bahrin Kamde dan Mohd Aiman Ariff Mohd Zaida.

Sembilan mengaku tak bersalah miliki minyak diesel tanpa lesen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker