Remaja dikhuatiri lemas

Remaja dikhuatiri lemas

Remaja dikhuatiri lemas
Anggota bomba melakukan pencarian seorang remaja lelaki di Sungai Jeram Badoh di Segamat, petang tadi.

SEGAMAT: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mensudut Lama, Buloh Kasap di sini, petang tadi.

Mangsa, Muhammad Idham Abd Kadir 14, mandi di tempat kejadian bersama beberapa rakan sebelum hilang dipercayai lemas.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Segamat, Pegawai Kanan Bomba I, Mansor Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.40 petang tadi.

Katanya, seramai enam anggota BBP Segamat bersama sebuah jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) digerakkan ke lokasi.

Sehingga jam 7.30 malam, mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari masih diteruskan meskipun dalam keadaan hujan dan cuaca gelap.

“Kita sudah melakukan pencarian di permukaan dan akan teruskan lagi pencarian.

“Kedalaman sungai adalah dianggarkan melebihi lima meter,” katanya.

Remaja dikhuatiri lemas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker