Penuntut kolej lepas, bebas tuduhan edar dadah

Penuntut kolej lepas, bebas tuduhan edar dadah

Penuntut kolej lepas, bebas tuduhan edar dadah
– Foto hiasan mahkamah

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang penuntut jurusan aeronautik daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 412.3 gram, tiga tahun lalu.

Hakim Dr Hazlina Hussain memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap R Abishek Raj, 22, di akhir kes pendakwaan.

Beliau berkata, pihak pendakwaan gagal dalam membuktikan elemen kawalan dan jagaan dadah selain terdapat percanggahan dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan.

Abishek Raj didakwa mengedar dadah berbahaya berkenaan di sebuah apartmen di Damansara Damai, Petaling di sini pada jam 10 malam, 15 November 2021.

Lelaki itu dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B)(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dihukum mati, perlu dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam Sivahnanthan Ragava, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Firdaus Mohd Idris.

Enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dalam kes itu.

Penuntut kolej lepas, bebas tuduhan edar dadah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker