Ranieri keluar daripada persaraan, latih AS Roma
Ranieri keluar daripada persaraan, latih AS Roma
Milan: Pengendali kelahiran Itali, Claudio Ranieri kembali ke padang pada usia 73 tahun untuk melatih AS Roma sehingga penghujung musim ini.
Pengumuman itu dibuat pasukan terbabit yang bersaing dalam saingan Serie A selepas beberapa hari memecat jurulatih dari Croatia, Ivan Juric.
“AS Roma ingin memaklumkan yang Claudio Ranieri kini sebagai Pengarah Teknikal Pasukan Utama,” kata Roma dalam satu kenyataan.
“Pada penghujung musim nanti, dia akan mengambilalih peranan selaku pengurusan senior, dia akan menjadi penasihat kepada pemilik mengenai semua perkara berkaitan sukan bagi kelab ini.
“Pencarian jurulatih baharu akan diteruskan dalam tempoh beberapa bulan ini dan Claudio juga akan memberi pandangan dalam keputusan ini.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Beliau mengumumkan persaraan pada Mei lalu pernah mencipta sensasi apabila membawa Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris pada 2016.
Ranieri sebelum ini pernah melatih beberapa kelab utama Eropah termasuk Chelsea, Juventus, Atletico Madrid, Inter Milan dan Monaco.
Ranieri keluar daripada persaraan, latih AS Roma
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?
You must be logged in to post a comment.