Polis rampas orkid RM145,000 cuba diseludup dari Thailand
Polis rampas orkid RM145,000 cuba diseludup dari Thailand
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup masuk lebih 540 pokok hiasan, orkid bernilai RM145,000 di Chang Empat Salam, Pasir Mas, dekat sini semalam.
Pokok hiasan berkenaan dijumpai dalam sebuah lori yang ditahan di sekatan jalan raya oleh sepasukan anggota Batalion 9 dalam Op Taring Wawasan pada jam 12.45 tengah hari.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki penghantar barangan berkenaan turut ditahan”Tangkapan dan rampasan dilakukan apabila menahan sebuah lori jenis Daihatsu yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan menemui lebih 540 pohon pokok hiasan jenis orkid yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.
Polis rampas orkid RM145,000 cuba diseludup dari Thailand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.