Ahli perniagaan rugi lebih RM5.2 juta jadi mangsa penipuan pelaburan tak wujud
Ahli perniagaan rugi lebih RM5.2 juta jadi mangsa penipuan pelaburan tak wujud
KUALA TERENGGANU: Seorang ahli perniagaan menanggung kerugian lebih RM5.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud.
Kejadian bermula apabila lelaki berusia 67 tahun melihat satu iklan di laman Facebook pada 1 September lalu berkenaan tawaran pelaburan yang dikatakan menjalankan kegiatan pelaburan jual beli saham yang dibuat di China.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata mangsa kemudian dimaklumkan sekiranya dia melaburkan modal, pelaburan itu akan diuruskan oleh pihak berkenaan sambil dijanjikan akan memperoleh keuntungan dalam masa yang singkat.
Beliau berkata, mangsa yang berminat diarahkan memuat turun satu aplikasi iaitu MMct-Pro yang diserahkan melalui email dan selepas mendaftar, mangsa diarahkan membuat bayaran pertama berjumlah RM30,000 bagi memasukkan modal pelaburan ke dalam akaun bank tempatan yang diberikan oleh ‘scammer’.
“Melalui aplikasi itu, mangsa boleh melihat pergerakan jumlah wang keuntungan yang semakin meningkat sejak daripada transaksi yang dilakukan oleh mangsa seterusnya mendorongnya melakukan transaksi kedua dan ketiga masing-masing RM50,000 dan RM20,000 bagi mendapatkan keuntungan yang lebih besar,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Mohd Khairi berkata, percubaan mangsa membuat pengeluaran wang melalui aplikasi itu pada peringkat awal berjaya apabila dia mendapat RM89,800 sehingga menyebabkan dia yakin dengan pelaburan berkenaan.
Katanya, mangsa juga mendapati wang yang diterima adalah daripada akaun sebuah syarikat yang tidak dikenali.
“Ekoran itu, mangsa membuat transaksi pindahan wang miliknya sebanyak RM240,000 secara berperingkat yang dimasukkan ke dalam beberapa buah akaun bank tempatan yang diberikan oleh ‘scammer’ bagi pembelian saham.
“Mangsa dimaklumkan akan menerima keuntungan daripada pembelian saham itu namun dia perlu membuat bayaran sebanyak RM1 juta sebagai pembahagian keuntungan sekiranya mahu membuat pengeluaran ke atas keuntungan itu.
“Selepas membuat bayaran itu, mangsa dimaklumkan pengeluaran tidak dapat dibuat sekiranya mangsa tidak membuat pembayaran cukai yang dikenakan menyebabkan mangsa membuat pembayaran di kaunter bank tempatan sebanyak RM 1,698,832.10.
“Namun, pihak syarikat sekali lagi meminta mangsa membuat bayaran deposit sebanyak RM520,000 untuk siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan mangsa hanya menuruti arahan diberikan dengan membuat bayaran seperti yang diminta di kaunter bank tempatan,” katanya.
Menurut Mohd Khairi, mangsa melakukan 13 transaksi kemasukan wang ke tujuh akaun bank tempatan yang berbeza mengalami kerugian RM5,221,832.10 sepanjang urusan pelaburan itu.
Katanya, mangsa mula mengesyaki ditipu apabila tidak boleh mengeluarkan duit keuntungan selain sentiasa diarahkan memasukkan duit sebelum dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu semalam untuk tindakan lanjut.
“Susulan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Ahli perniagaan rugi lebih RM5.2 juta jadi mangsa penipuan pelaburan tak wujud
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.