Pelajar cedera jatuh bangunan sekolah dipercayai khayal selepas hisap vape

Pelajar cedera jatuh bangunan sekolah dipercayai khayal selepas hisap vape

Pelajar cedera jatuh bangunan sekolah dipercayai khayal selepas hisap vape
Foto hiasan

KANGAR: Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di daerah Kangar di sini, cedera di kaki selepas terjatuh dari bumbung tingkat satu bangunan sekolah itu pagi tadi.

Kejadian itu dipercayai berpunca akibat pelajar terbabit menjadi khayal selepas menghisap vape yang dibawanya ke sekolah.

Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Ariffin, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi di blok bangunan pelajar Tingkatan Dua sekolah terbabit.

“Berdasarkan keterangan pelajar itu, dia ada menghisap vape di dalam kelas ketika hujung waktu rehat sedang berlangsung dan akibat perbuatannya itu, dia kemudian berasa khayal.

“Pelajar itu kemudian turun dari tingkat satu bangunan sekolah berkenaan menggunakan laluan bumbung, namun akibat rasa khayal itu dia terjatuh ke bawah dan mengalami luka ringan di kaki,” katanya ketika dihubungi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hakim Sekolahkan Badan Peguam Malaysia


Beliau berkata, selepas terjatuh dan cedera di kaki, pelajar terbabit dilihat menjadi tidak terkawal apabila dia meracau sehingga memaksa pentadbiran sekolah menghubungi pihak polis.

“Polis kemudian membawa pelajar itu ke Klinik Kesihatan Kangar untuk pemeriksaan dan keputusan ujian air kencingnya mendapati dia negatif daripada pengaruh bahan terlarang.

“Pelajar itu kemudian dibawa pulang oleh warisnya dan keadaannya kini dilaporkan stabil dan waras,” katanya.

Rose Aza berkata, pihaknya bersama sekolah terbabit kini sedang bekerjasama dengan polis dalam menyiasat perkara itu.

“Di pihak jabatan, kita sudah mengarahkan pihak sekolah melalui guru disiplin menyiasat serta mencari pembekal vape itu dan melakukan semula ujian air kencing pelajar itu, sebelum menghantar laporan awal kepada Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes itu masih disiasat.

Pelajar cedera jatuh bangunan sekolah dipercayai khayal selepas hisap vape

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker