Suspek bunuh dua beranak angkara cintanya ditolak didakwa hari ini

Suspek bunuh dua beranak angkara cintanya ditolak didakwa hari ini

Suspek bunuh dua beranak angkara cintanya ditolak didakwa hari ini
Mangsa bunuh Zulkifli Ibrahim, 62, (kiri) dan anaknya Siti Zulaila, 30. – Foto NSTP/MIKAIL ONG

GEORGETOWN: Suspek lelaki yang menikam dua beranak hingga maut dalam kejadian di hadapan lif di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini, Khamis lalu akan didakwa hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata lelaki berusia 32 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan didakwa di wad Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira jam 9 pagi.

“Susulan itu, polis berjaya melengkapkan siasatan kes bunuh berprofil tinggi ini dalam tempoh enam hari sahaja sehingga menghasilkan pertuduhan terhadap suspek bunuh berkenaan pada esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kejadian menimpa Siti Zulaila, 30, bersama bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62, yang maut akibat ditikam seorang lelaki dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib


Insiden itu dipercayai berpunca akibat mangsa wanita dikatakan menolak cinta suspek.

Difahamkan, sekurang-kurangnya enam kesan tikaman dikesan pada mayat kedua-dua mangsa.

Reman suspek yang dirawat di HPP selama tujuh hari berakhir semalam.

Suspek bunuh dua beranak angkara cintanya ditolak didakwa hari ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker