Saksi cam wajah pegawai kanan polis langgar Zaharif
Saksi cam wajah pegawai kanan polis langgar Zaharif
Ipoh: Seorang saksi kes pegawai kanan polis didakwa menyebabkan kematian pelajar, mengesahkan kepada Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini bahawa tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, adalah lelaki yang melanggar Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, Disember tahun lalu.
Saksi pendakwaan ke-10 iaitu seorang remaja lelaki membuat pengesahan itu selepas Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membenarkan permohonan Timbalan Pendakwaan Raya Afzainizam Abdul Aziz supaya penghadang antara kandang tertuduh dengan kandang saksi dialihkan.
Permohonan itu dibuat sebaik pemeriksaan semula selesai bagi membolehkan saksi membuat pengecaman ke atas wajah tertuduh.
Afzainizam: Kamu lihat lelaki ini, siapa dia?
Hajat balik rumah tak kesampaian, dua beranak maut dilanggar kereta
Saksi: Yang langgar Zaharif tu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Afzainizam: Yang Arif, tertuduh telah dicam oleh saksi. Saya pohon saksi dilepaskan.
Pada perbicaraan hari keenam di hadapan Hakim Bhupindar Singh hari ini, pihak pembelaan diwakili peguam, M Athimulan.
Terdahulu, semasa pemeriksaan balas bersambung pada sesi petang, Athimulan bertanya sama ada saksi melihat kelibat kakak kepada Zaharif selepas kejadian kemalangan antara Perodua Ativa dipandu tertuduh dengan motosikal Yamaha LC ditunggang mangsa.
Saksi itu berkata, dia melihat kakak mangsa hadir ke lokasi Zaharif dipindahkan selepas kemalangan itu iaitu di bahu jalan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati.
Menurutnya, wanita itu berada di situ dalam anggaran tempoh 20 ke 30 minit, bagaimanapun saksi tidak nampak kakak mangsa memberi bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Sementara itu, seorang lagi peguam, Datuk Mior Faridalathrash Wahid bertanya kepada saksi, sama ada dia bersetuju bahawa laporan polis yang dibuat olehnya di Ibu Pajabat Polis Daerah (IPD) pada 9.39 malam, 15 Disember tahun lalu yang sama isi kandungan dengan laporan polis yang dibuat empat rakannya adalah hanya ‘copy and paste’.
Mior: Siapa yang cadangkan kepada kamu dan kawan-kawan untuk buat laporan polis pada malam tersebut? Siapa arahkan?
Saksi: Tiada siapa. Saya yang nak pergi
Mior: Macam mana kawan-kawan yang lain?
Saksi: Mereka pun nak buat (laporan) sekali, jadi kami pergi bersama
Mior: Siapa yang draf laporan, idea datang daripada siapa?
Saksi: Tiada siapa, saya cerita pada polis apa saya nampak
Mior: Jadi kenapa sama?
Saksi: Saya tak tahu
Mior: Memandangkan laporan kamu sama dengan empat rakan kamu, setujukah kamu jika saya cadang bahawa laporan polis ini hanya ‘copy and paste’?
Saksi: Setuju
Semasa pemeriksaan semula oleh Afzainizam, saksi kanak-kanak itu menjelaskan bahawa dia dan empat rakannya membuat laporan polis secara secara berasingan, namun tidak tahu-menahu mengapa isi kandungan laporan adalah sama.
Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri didakwa membunuh Muhammad Zaharif di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati antara jam 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari 15 Disember 2023.
Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet bersambung pada esok.
Saksi cam wajah pegawai kanan polis langgar Zaharif
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
You must be logged in to post a comment.