Lelaki maut dirempuh pemandu disyaki mabuk – Polis

Lelaki maut dirempuh pemandu disyaki mabuk – Polis

Lelaki maut dirempuh pemandu disyaki mabuk - Polis
Motosikal ditunggang Muhammad Syairazi rosak teruk selepas dirempuh kereta dalam kemalangan di Jalan Jeram, Masjid Tanah, malam tadi. – FOTO Ihsan IPD Alor Gajah

ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu lelaki dalam keadaan mabuk di Jalan Jeram, Masjid Tanah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian 8.50 malam Muhammad Syairazi Rahmat, 24, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Menurutnya, ketika kejadian, Muhammad Syairazi menunggang Yamaha 135LC dari Masjid Tanah menuju Kuala Sungai Baru, manakala Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 34 tahun itu pula dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu memasuki ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa secara berhadapan.

“Perlanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh kakitangan perubatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib


“Pemandu kereta cedera di kepala dan dibawa ke hospital sama untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut Ashari berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan tiada lesen memandu dan disyaki mabuk. Sampel darahnya turut diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Melaka bagi ujian alkohol dan dadah.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk mengesan saksi bebas.

“Semua kenderaan terbabit dibawa ke PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Berkomputer) untuk pemeriksaan,” katanya.

Lelaki maut dirempuh pemandu disyaki mabuk – Polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker