35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai
35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai
Beijing: Seorang lelaki berusia 62 tahun disyaki dengan sengaja memandu kenderaannya merempuh sekumpulan orang ramai, menyebabkan 35 maut dan 43 lagi cedera, menurut pegawai keselamatan di Bandar Zhuhai, selatan China, pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin malam itu, suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam di situ.
Lelaki berkenaan ditahan polis ketika cuba melarikan diri, lapor pihak berkuasa. Dia mencederakan dirinya sendiri dengan pisau sehingga mengalami kecederaan serius dan kini dalam keadaan koma, kata pihak keselamatan.
Siasatan awal mendapati punca serangan adalah rasa tidak puas hati terhadap pengagihan aset selepas perceraian, yang dipercayai mendorong tindakan ganas itu.
35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
You must be logged in to post a comment.