Tiga lelaki curi kabel TM ditahan selepas larikan diri 60 km
Tiga lelaki curi kabel TM ditahan selepas larikan diri 60 km
MELAKA: Tiga lelaki yang disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) ditahan manakala seorang lagi lolos selepas melarikan diri sejauh 60 kilometer (km) apabila dikejar oleh anggota polis dari Jalan Parameswara, di sini sehingga di Kilometer 239.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Pedas-Linggi arah utara.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata dalam kejadian jam 5.30 pagi, 5 November lalu, semua suspek berusia 26, 28, dan 38 tahun itu menaiki trak pikap Nissan Navara yang dikesan oleh anggota cawangan kereta peronda (MPV) dalam keadaan mencurigakan dan disyaki terbabit dalam kejadian curi kabel TM.
Beliau berkata, ketika kenderaan peronda polis cuba menghampiri kenderaan suspek, trak pikap itu terus memecut ke arah Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin berhampiran Peringgit, di sini, sebelum keluar ke arah Tol Ayer Keroh dan menuju ke Lebuhraya PLUS Pedas-Linggi arah utara.
“Sepanjang usaha mengejar suspek, kenderaan mereka melanggar dua kenderaan awam di Bukit Palah, Melaka dan enam kenderaan lain di lebuh raya tersebut sebelum terbabas di lokasi kejadian.
“Semasa tangkapan dibuat, berlaku pergelutan dan seorang daripada mereka berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Christopher berkata, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan suspek polis menemui 148 batang kabel telekom siap dipotong dianggarkan bernilai RM27,000 bersama pelbagai peralatan curi kabel.
“Semakan mendapati semua suspek mempunyai lebih 20 kes jenayah lampau membabitkan kes samun, pecah rumah, curi dan dadah.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan polis juga giat mengesan rakan sejenayah yang masih bebas dan kes,” katanya.
Sementara itu, insiden berkenaan turut tular di media sosial dan ada netizen menyifatkan ia seperti babak filem aksi kejar-mengejar antara peronda polis dengan kenderaan suspek yang merempuh kenderaan awam dan terbabas di lebuh raya.
Tiga lelaki curi kabel TM ditahan selepas larikan diri 60 km
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
You must be logged in to post a comment.