Padah kritik Klopp, Coote pengadil EPL digantung tugas

Padah kritik Klopp, Coote pengadil EPL digantung tugas

Padah kritik Klopp, Coote pengadil EPL digantung tugas
PGMOL mengesahkan Coote (gambar) digantung tugas serta-merta. -FOTO

London: Pengadil Liga Perdana, David Coote, digantung tugas serta-merta selepas sebuah video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan beliau didakwa membuat kenyataan menghina bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Tidak jelas bila video itu dirakam atau bagaimana ia tersebar dan Persatuan Akhbar Britain menyatakan ia belum disahkan.

Menurut klip itu, Coote dikatakan menyifatkan Klopp sebagai “sombong” dan menggunakan bahasa yang kasar.

BBC melaporkan bahawa video itu kelihatan merujuk kepada perlawanan yang diadili Coote antara Liverpool dan Burnley pada Julai 2020, yang berkesudahan seri 1-1.

Klopp mengkritik Coote selepas perlawanan itu menyatakan bahawa pengadil itu terlalu berlembut dalam menilai Burnley.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib


Badan pengadil Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) dalam satu kenyataan semalam berkata: “David Coote digantung kerja berkuat kuasa serta-merta sementara menunggu siasatan penuh.

“PGMOL tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut sehingga proses siasatan selesai.”

Coote, 42, mengadili kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Aston Villa awal pagi Ahad lalu.

Klopp meninggalkan Liverpool pada penghujung musim lalu selepas hampir sembilan tahun mengendalikan pasukan di Anfield.

Pengurus Jerman itu mengkritik Coote berhubung satu insiden dalam perlawanan menentang Arsenal musim lalu, di mana bola terkena tangan pemain tengah Arsenal, Martin Odegaard.

Coote yang mengawal VAR, tidak menasihati pengadil di padang, Chris Kavanagh, untuk menyemak insiden itu.

Padah kritik Klopp, Coote pengadil EPL digantung tugas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker