Hakim Sekolahkan Badan Peguam Malaysia
Hakim Sekolahkan Badan Peguam Malaysia
Kita tidak perlu menjadi pakar perlembagaan untuk kita mengetahui dan memahami kuasa pengampunan yang diberikan oleh perlembagaan kepada Raja Raja Melayu.
Segalanya tercatat dengan jelas dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam para pertama Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan:
YDP Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera.
Dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.
Ia adalah hak prerogatif yang diberikan oleh perlembagaan kepada YDP Agong dan Raja Raja Melayu.
Bila ianya menjadi hak prerogatif, ia membawa maksud sebarang keputusan yang dibuat oleh YDP Agong atau Raja Raja Melayu, tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.
Malah sudah ada precedent dalam keputusan Mahkamah Persekutuan bila pengampunan YDP Agong kepada Anwar Ibrahim dicabar.
Dalam penghakiman Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun, beliau dengan jelas menyatakan:
“Isu kuasa pengampunan YDP Agong adalah sesuatu yang tidak boleh dicabar di mahkamah yang telah diselesaikan.”
Adakah Badan Peguam Mahu Mencabar Kuasa YDP Agong?
Tetapi Badan Peguam Malaysia kelihatan masih lagi berdegi.
Masih lagi cuba mencabar kuasa pengampunan YDP Agong kepada DS Najib.
Badan Peguam cuba memutarbelitkan cabaran mereka.
Dengan mendakwa kononnya mereka hanya mencabar nasihat Lembaga Pengampunan dan bukannya kuasa YDP Agong.
Tetapi asas yang dicabar masih lagi terhadap keputusan yang dibuat oleh YDP Agong mengenai pengampunan kepada DS Najib.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Hakim mahkamah sivil, Ahmad Kamal Md Shahid berkata, tindakan undang-undang Badan Peguam adalah tidak wajar.
Ini kerana prerogatif YDP Agong dan proses nasihat Lembaga Pengampunan adalah hal yang sama.
“Saya berpendapat bahawa percubaan pemohon untuk membezakan antara mencabar nasihat Lembaga Pengampunan dan keputusan sebenar YDPA adalah cacat.”
“Dalam kes ini, saya mendapati bahawa prerogatif belas kasihan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah pelaksanaan langsung budi bicara YD Agong.”
“Bukannya Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan atau kuasa yang diwakilkan kepada Lembaga Pengampunan.”
“Mengambil kira perkara di atas, mahkamah ini berpendapat bahawa hak prerogatif belas kasihan menurut Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan tidak terdedah kepada semakan kehakiman.”
“Oleh itu, pelepasan untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan adalah mengikut sifat.
“Dan perkaranya, tidak wajar untuk semakan kehakiman,” jelas Ahmad Kamal.
Badan Peguam sepatutnya mencabar isu kewujudan titah adendum YDP Agong yang memberikan tahanan rumah kepada DS Najib.
Bukannya mencabar kuasa prerogatif YDP Agong dalam memberikan pengampunan.
Tak pasal-pasal Badan Peguam kena sekolah dengan hakim dalam mahkamah.
Hakim Sekolahkan Badan Peguam Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.