FAM ambil tindakan insiden Arif Aiman, Tommy Mawat

FAM ambil tindakan insiden Arif Aiman, Tommy Mawat

FAM ambil tindakan insiden Arif Aiman, Tommy Mawat
ARIF Aiman ketika beraksi dalam perlawanan menentang Perak FC di SSI malam tadi. -FOTO JST

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden pergaduhan yang berlaku antara pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM berkata, kedua-dua pemain berkenaan tetap boleh dikenakan hukuman atau tindakan lanjut biarpun mereka hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali.

“Kita akan menunggu laporan penuh daripada Komisioner Perlawanan dan Penilai Pengadil sebelum mengambil apa-apa tindakan lanjut.

“Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM juga akan duduk berbincang untuk meneliti rakaman penuh video insiden berkenaan bagi mencadangkan tindakan lanjut.

“Memang kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning sejurus insiden itu tetapi hukuman tambahan serta tindakan lanjut tetap boleh diambil jika ia dilihat perlu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib


Tambahnya, beliau turut menasihatkan pemain supaya dapat mengawal emosi ketika di atas padang kerana apa juga tindakan mereka itu hanya akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri jika dikenakan tindakan atau hukuman.

“Secara peribadi, saya melihat ia satu insiden yang serius apabila berlaku tindakan menumbuk dan juga mencekik yang dilakukan oleh kedua-dua pemain tersebut ketika insiden berkenaan.

“Apa pun kita akan tunggu laporan daripada Komisioner Perlawanan dan Penilai Pengadil bagi mengambil tindakan lanjut,” katanya.

FAM ambil tindakan insiden Arif Aiman, Tommy Mawat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker