England tewas ketika di ambang kemenangan
England tewas ketika di ambang kemenangan
London: Jurulatih England, Steve Borthwick, meluahkan kekecewaan terhadap jumlah kesilapan yang dilakukan oleh pasukannya selepas mereka tewas 37-42 kepada Australia semalam walaupun mendahului dengan 12 mata pada awal separuh masa pertama.
Australia bangkit untuk mendahului pada separuh masa kedua dan selepas ketinggalan dua kali, akhirnya mereka memenangi perlawanan itu dengan try yang hebat dilakukan oleh Max Jorgensen pada saat-saat akhir.
“Saya rasa ini adalah sesuatu yang mengecewakan buat penyokong England, setiap pemain England, atau sesiapa sahaja yang terbabit dengan pasukan sekarang,” kata Borthwick selepas kekalahan keempat berturut-turut pasukannya.
“Ini adalah perlawanan yang sepatutnya kami menang. Kami berada dalam kedudukan untuk menang beberapa kali.
“Tetapi apabila anda memberikan terlalu banyak peluang kepada pihak lawan, banyak kesilapan dan menjadikan permainan itu tidak teratur, terutama berdepan pasukan yang begitu pantas, anda memberi mereka peluang dan kami memberi mereka terlalu banyak.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
Dua try awal oleh Chandler Cunningham-South membolehkan England mendahului 15-3, dan selepas ketinggalan 28-18, dua try oleh pemain gantian Ollie Sleightholme membawa mereka kembali ke hadapan selepas 70 minit.
Namun, banyak kesilapan membenarkan Australia merampas semula kelebihan dan ketika Maro Itoje menyangka dia menang dengan try kelima pada minit ke-78, Jorgensen muncul untuk meraih kemenangan pertama Australia di Twickenham dalam lima percubaan sejak Piala Dunia 2015.
England gagal membuat 35 tackle, dan memberikan 19 turnover bola.
“Kami berbincang tentang membangunkan aspek serangan, tentang pasukan yang mempunyai keyakinan untuk menggerakkan bola dan saya rasa anda dapat melihat itu hari ini,” kata Borthwick.
“Tetapi jelas akibatnya, jika anda memberikan terlalu banyak peluang anda akan menyusahkan pertahanan anda.
“Cabarannya adalah untuk memahami keseimbangan yang betul dalam hal ini. Jika anda memberi peluang kepada pihak lawan sebanyak itu, mereka akan mengambilnya dan mereka memang mengambil banyak hari ini.”
England tewas ketika di ambang kemenangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
-
Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
You must be logged in to post a comment.