City kalah buat kali keempat berturut-turut

City kalah buat kali keempat berturut-turut

City kalah buat kali keempat berturut-turut
KEKECEWAAN tergambar di raut wajah barisan pemain City selepas tewas kepada Brighton. -FOTO Reuters

Brighton: Pep Guardiola mengakui bahawa Manchester City yang dibelenggu kecederaan tidak mampu bersaing selama 90 minit selepas kekalahan mengejut 1-2 kepada Brighton yang menyaksikan pengurus Sepanyol itu mengalami empat kekalahan berturut-turut buat kali pertama dalam karier pengurusannya.

Dengan hanya berbaki 12 minit di Stadium Amex, pasukan Guardiola masih bergantung kepada kelebihan yang diberikan oleh Erling Haaland pada separuh masa pertama.

Namun, pertahanan juara Liga Perdana Inggeris dicerobohi di akhir perlawanan apabila Joao Pedro menyamakan kedudukan sebelum Matt O’Riley menjaringkan gol kemenangan Brighton tujuh minit sebelum perlawanan tamat.



Buat pertama kalinya dalam karier cemerlangnya sebagai pengurus di City, Bayern Munich dan Barcelona, Guardiola kini kalah empat kali berturut-turut.

“Hari ini kami bermain sangat baik pada separuh masa pertama tetapi kami tidak dapat mengakhiri perlawanan dengan kemenangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU




“Kami tidak konsisten untuk mengekalkan permainan dan intensiti kami, serta menekan dan bermain agresif selama 90 minit.

“Tahap permainan kami sangat baik pada beberapa ketika tetapi kami tidak dapat meneruskannya untuk tempoh yang lama.

“Saya cukup yakin apabila pemain-pemain kembali (selepas rehat antarabangsa) dan kami akan memperbaiki kualiti individu dalam pasukan, kami akan kembali,” kata Guardiola.

Selepas tersingkir dari Piala Liga kepada Tottenham dan mengalami kekalahan pertama dalam liga sejak Disember di tangan Bournemouth, City dibelasah 4-1 oleh Sporting Lisbon dalam Liga Juara-Juara minggu ini.



Kemerosotan itu berterusan dan mereka gagal menamatkan perlawanan dengan kemenangan menentang Brighton dan kekalahan itu mengancam usaha mereka merebut gelaran Liga Perdana yang kelima berturut-turut.

After exiting the League Cup to Tottenham and suffering a first league loss since December at Bournemouth, City were thrashed 4-1 by Sporting Lisbon in the Champions League in midweek.

The slump continued as they failed to kill off Brighton before the second half implosion that threatens to derail their bid for a fifth successive Premier League title.

City kalah buat kali keempat berturut-turut

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker