‘Syukur, Ina ditemui selamat’
‘Syukur, Ina ditemui selamat’
JOHOR BAHRU: Remaja perempuan 16 tahun yang keluar rumah di Bandar Baru Uda di sini pagi kelmarin selepas bertengkar dengan ibunya, ditemui selamat awal pagi tadi.
Ibunya, Saadah Abd Kadir, 40, berkata polis memaklumkan anaknya Nur Farisah Adlina Ismail ditemui sebuah keluarga yang menghantarnya ke Balai Polis Skudai di sini.
Polis menghubunginya jam 4.30 pagi dan meminta hadir ke balai.
“Alhamdulillah anak saya telah ditemui, syukur sangat Ina ditemui dalam keadaan selamat.
“Saya dimaklumkan anak berseorangan sejak dia keluar rumah dan duduk di Masjid di kawasan ini. Ada seorang remaja menemuinya dan keluarga remaja membantu Ina.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
“Mereka membawa Ina ke balai polis selepas menyedari Ina adalah individu yang hilang dan viral di media sosial,” katanya dihubungi hari ini.
Saadah berkata anaknya tidak banyak bercakap dan hanya berdiam diri.
“Ina mengakui kesalahan yang dibuat dan sedih dengan apa yang dilakukan.
“Apa pun alasannya saya bersyukur Ina ditemukan dalam keadaan selamat. Saya berterima kasih kepada semua yang membantu termasuk kerja keras Polis Diraja Malaysia (PDRM), media dan netizen,” katanya.
Semalam, media melaporkan kehilangan Nur Farisah Adlina Ismail yang keluar rumah pada pagi kelmarin selepas bertengkar dengan ibunya kerana tidak dibenarkan keluar bersama rakan pada malam sebelum kehilangannya.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu juga keluar rumah tanpa membawa telefon bimbit dan kad pengenalan.
‘Syukur, Ina ditemui selamat’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
You must be logged in to post a comment.