Keluarga berharap Siti Rohani ditemui segera, operasi SAR diteruskan di lokasi
Keluarga berharap Siti Rohani ditemui segera, operasi SAR diteruskan di lokasi
ALOR SETAR: Keluarga Siti Rohani Saad, 37, yang dilaporkan hilang selepas motosikalnya ditemui di tebing Sungai Titi Haji Idris, semalam menaruh harapan tinggi yang mangsa masih hidup.
Kakaknya, Naziroh Saad, 50, berkata adik bongsu dari sembilan beradik itu tinggal bersamanya di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena.
Katanya, adiknya itu masih bujang dan sudah lama bekerja di restoran di Jalan Pegawai sejak lima tahun lalu dan pergi serta balik menunggang motosikal seorang diri.
“Selalunya bila balik kerja, dia letih dan terus tidur. Semalam masa kejadian, dia keluar rumah macam biasa saja,” katanya ketika ditemui di lokasi pencarian hari ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata operasi pencarian hari kedua diteruskan hari ini pada jam 8.30 pagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
Beliau berkata, operasi hari ini turut menggunakan khidmat anjing pengesan K-9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Media semalam melaporkan, seorang wanita dikhuatiri lemas susulan motosikalnya ditemukan dalam Sungai Titi Haji Idris, di sini.
Keluarga berharap Siti Rohani ditemui segera, operasi SAR diteruskan di lokasi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
You must be logged in to post a comment.