Grealish dalam senarai wakili England
Grealish dalam senarai wakili England
London: Pemain sayap England, Jack Grealish dipanggil pengurus sementara Lee Carsley untuk perlawanan Liga Negara-Negara menentang Greece dan Ireland walaupun terlepas lima perlawanan terakhir bersama Manchester City akibat kecederaan.
England akan bertemu Greece pada 14 November di Athens sebelum menerima kunjungan Ireland tiga hari kemudian di Stadium Wembley.
Perlawanan terakhir Grealish adalah ketika kemenangan 2-1 di Wolverhampton Wanderers bulan lalu, namun pemain berusia 29 tahun itu h menjaringkan gol menentang Ireland dalam perlawanan sebelumnya pada September dan juga menentang Finland bulan lalu.
Namun, dia masih belum menjaringkan gol untuk City musim ini, sementara pemain lain yang menyerlah seperti Morgan Rogers dari Aston Villa dan James Maddison dari Tottenham Hotspur tidak dipanggil.
“Satu cabaran besar dalam tugas ini adalah memilih skuad. Terdapat empat atau lima pemain yang boleh merasa kecewa kerana mereka tidak tersenarai walaupun sedang menikmati musim yang baik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
Carsley juga memanggil dua pemain muda ke skuad senior buat kali pertama membabitkan pertahanan tengah Southampton yang berusia 22 tahun merangkap kapten pasukan bawah 21 England, Taylor Harwood-Bellis, serta bek kiri Newcastle United, Lewis Hall (20 tahun).
“Mereka menunjukkan kemampuan bermain secara konsisten di peringkat Liga Perdana. Mereka adalah pemain yang saya kenal dengan baik.
“Taylor adalah seorang kapten yang cemerlang dan layak mendapat panggilan ini. Lewis juga menunjukkan konsisten dan memiliki kaki kiri yang baik.”
“Mereka berdua adalah pemain yang banyak beraksi musim ini,” kata Carsley.
Curtis Jones yang belum pernah bermain dengan skuad senior juga mungkin membuat penampilan pertamanya untuk England selepas pemain tengah Liverpool berusia 23 tahun itu mencatat satu gol dan empat bantuan jaringan dalam semua pertandingan musim ini.
Jones beraksi 20 kali untuk pasukan bawah 21 tahun (B-21), menjaringkan lima gol dan dinamakan dalam pasukan kejohanan Euro B-21 tahun lalu selepas golnya di perlawanan akhir membantu England merangkul gelaran.
Penjaga gol Newcastle, Nick Pope, yang tidak diturunkan dalam perlawanan England pada bulan September dan Oktober digugurkan dan tempatnya diambil penjaga gol Southampton, Aaron Ramsdale.
Ini akan menjadi peluang terakhir Carsley untuk bekerja dengan skuad sebelum Thomas Tuchel mengambil alih pada 1 Januari, dan beliau berkata pengurus Jerman itu tidak mempunyai sebarang pengaruh dalam pemilihan skuad kali ini.
“Saya sudah berhubung dengan beliau melalui mesej tetapi ia hanyalah ucapan ‘tahniah’. Beliau sangat menghormati tugas ini,” katanya.
Grealish dalam senarai wakili England
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
You must be logged in to post a comment.