6 warga asing jadi ah long dicekup
6 warga asing jadi ah long dicekup
MUAR: Polis menumpaskan sindiket menawarkan pinjaman tanpa lesen atau ah long yang didalangi warga asing susulan penahanan enam lelaki di sekitar bandar ini, semalam.
Keenam-enam suspek berusia antara 26 hingga 40 tahun ditahan jam 4.30 petang kerana disyaki terbabit dengan kegiatan memberi pinjaman wang kepada warga asing.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kesemua mereka ditahan oleh anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Menurutnya, siasatan mendapati suspek menjadikan pekerja asing terutama warga Bangladesh sebagai sasaran untuk menawarkan pinjaman terbabit.
Bukan itu sahaja, malah Raiz Mukhliz berkata, suspek turut mengenakan kadar faedah tertentu serta menahan kad ATM peminjam sehingga pinjaman diluluskan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
“Hasil penahanan itu, polis merampas wang tunai RM176,250 selain telefon pelbagai jenama serta 187 kad ATM pelbagai bank.
“Suspek boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya.” katanya dalam kenyataan.
6 warga asing jadi ah long dicekup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib