Kemenangan Trump boleh berikan kesan terhadap prosiding kesnya
Kemenangan Trump boleh berikan kesan terhadap prosiding kesnya
Washington: Kemenangan pilihan raya Donald Trump bukan sahaja mengembalikannya ke Rumah Putih tetapi memberinya penangguhan daripada prosiding kes di mahkamah.
Sebagai presiden, Trump yang berusia 78 tahun boleh ‘melenyapkan’ kes jenayah di peringkat persekutuan, manakala kes negeri ditangguhkan sehingga dia meninggalkan Pejabat Oval empat tahun dari sekarang.
Trump berikrar ketika kempen pilihan raya menentang Naib Presiden Kamala Harris untuk memecat Jack Smith, peguam khas yang memfailkan tuduhan persekutuan terhadapnya, ‘dalam masa dua saat’ selepas memegang jawatan.
Mana-mana presiden Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai kuasa untuk melakukan pemecatan peguam khas, namun tidak bagi Trump yang hampir pasti akan menamakan peguam negara baharu yang mungkin boleh berbuat demikian.
Beliau juga boleh memerintahkan Jabatan Kehakiman untuk menggugurkan pertuduhan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
Smith, yang dilantik oleh Merrick Garland, peguam negara Presiden Joe Biden, membawa dua kes terhadap Trump kerana konspirasi membatalkan keputusan pilihan raya 2020 dan kerana salah mengendalikan dokumen rahsia selepas meninggalkan Rumah Putih.
Kes campur tangan pilihan raya sedang berjalan di sini tetapi tiada tarikh perbicaraan ditetapkan dan ia menjadi rumit oleh keputusan Mahkamah Agung AS pada Julai bahawa seorang bekas presiden mempunyai imuniti luas daripada pendakwaan jenayah.
Trump dituduh melakukan konspirasi untuk menipu AS dan melakukan konspirasi bagi menghalang prosiding rasmi sesi Kongres dipanggil untuk mengesahkan kemenangan Biden. Ia selepas serangan sekumpulan penyokong Trump di bangunan Capitol di sini, pada 6 Januari 2021
Calon Republikan itu juga didakwa berusaha untuk menafikan hak pengundi AS dengan dakwaan palsunya bahawa beliau memenangi pilihan raya 2020.
Dokumen kes itu ditolak oleh hakim persekutuan di Florida – seorang yang dilantik oleh Trump – atas alasan bahawa lantikan Smith adalah tidak sah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
Menurut rekod, Trump juga berdepan dua pertuduhan kes negeri di New York dan Georgia.
Beliau disabitkan di New York pada Mei atas 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan untuk menutup pembayaran wang kepada bintang pornografi, Stormy Daniels pada malam pilihan raya 2016 untuk menghalangnya daripada mendedahkan pertemuan seksual yang didakwa berlaku pada 2006.
Trump dijadualkan dijatuhkan hukuman untuk keasalahan itu pada Julai lalu, tetapi peguamnya meminta sabitannya dibatalkan berdasarkan keputusan Mahkamah Agung berhubung kekebalan presiden.
Kemenangan Trump boleh berikan kesan terhadap prosiding kesnya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib